Ahad, 31 Mei 2009

Sambutan Hari Guru

SAMER telah membuat sambutan Hari Guru 2009 pada 29 Mei yang lalu. Acara bermula jam 8.00 pagilah macam biasa. Tak macam sekolah-sekolah lain yang membuat sambutan pada 18 Mei. sekolah kami menyambutnya selepas habis semua kertas peperiksaan pertengahan tahun ini. So, pelajar pun boleh tenang meraikannya.

Acara sambutan indoor dan outdoor telah dirancang oleh pihak pengawas dan guru-guru yang bertanggungjawab. Alhamdulillah cuaca pun baik dan cerah sekali. Namun aku tak dapat sertai kawan-kawan guru yang lain meyertai acara sukan kerana ada tugas yang perlu dilaksanakana-biasalah ada urgent- boss mintak buat kerja sikit. Hanya acara sepak buah kelapa sahaja yang aku sempat sertai dan rakam di sini. bagi guru perempuan adalah back-up dari pengawas bertugas.


Pada sambutan kali ini seramai 5 orang guru telah dianugerahkan dengan hadiah tertentu iaitu :
1- Guru Dedikasi

2- Guru Kreatif

3- Guru Inovatif

4- Guru Prihatin

5- Guru Harapan

tengok sendirilah ye. Hebat guru SAMER ni sebenarnya. Hadiah anugerah ini daripada pihak PIBG dan disampaikan oleh YDP sendiri. tahniah dan syabas!

namun dalam keseronokan ada jua kesediahn. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.Cikgu Wan Norashikin Wan Yusuf akan berpindah sekolah di negeri asalnya di Kelantan. Hilanglah kaunselor sekolah SAMER. Pengganti bila, tak tahulah bila nak datang nanti. Harap cepatlah ye BPI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan