Isnin, 25 Mei 2009

Apakah Negara Ini Sudah Sampai Masanya Untuk Dibinasakan?

Apakah Negara Ini Sudah Sampai Masanya Untuk Dibinasakan? ?
from Cendawan MALAYA by kulatlapok
Negara kita kini dikejutkan dengan beberapa jenis virus yang menyerang rakyat negara ini. Keadaan yang berlaku agak mengejutkan kerana merebak begitu cepat dan anehnya beberapa jenis virus yang berlainan menyerang mangsanya sehingga membawa maut. Beberapa kes virus yang telah dikesan dan berlaku adalah:
1. Virus Diplococci yang mengakibatkan radang selaput otak (meningitis) telah menyerang seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka sehingga membawa kematian dan beberapa pelatih yang lain dikuarantinkan.
2. Virus Acute Pericarditis yang dikesan berlaku di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Jempol, Negeri Sembilan yang mengkibatkan seorang pelatih berasal dari Sabah maut. Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tetapi memaklumkan puncanya belum diketahui.
3. Virus Leptospirosis yang dikesan menyerang seorang pendatang tanpa izin (PATI) di Depo Tahanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mangsa seorang warga Myanmar meninggal dunia semasa dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam. Siasatan awal didapati puncanya melalui air yang dicemari air kencing tikus.
4. Terbaru kini ialah virus yang terkenal dan yang paling ditakuti di seluruh dunia iaitu Influenza A (H1N1) atau 'selsema babi' yang kini sudah mula dikesan merebak masuk ke negara ini.
Apakah makna musibah ini semua? Adakah Allah swt telah murka kepada umatnya yang tidak mahu mengikut ajarannya. Apakah sudah sampai masanya negara ini diuji oleh Allah swt atau balasan kepada umatnya yang suka mengundang bala di sini? Atau disebabkan pelbagai lagi perkara yang bercelaru di sini dan banyak lagi hal berkaitan keagamaan yang tidak dapat keadilan serta masih tidak diselesaikan oleh pihak2 yang berwajib? Wallahuaalam.

Marilah kita semua 'Cegah Sebelum Terlambat' seperti maksud Hadith di bawah :
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan