Khamis, 28 Mei 2009

Bagaimana Harus Manusia Berfikir?

Bagaimana harus manusia berfikir?
by TokBatin


"Assalamualaikum, ,..

Al Quran banyak kali menyeru manusia agar berfikir dan menjadi kaum yang sentiasa berfikir.Tetapi berfikir yang semacam mana yang dimaksudkan oleh Al Quran?Meneliti ayat ayat Al Quran dan Penafsirannya, didapati manusia hari ini sudah ada yang menyimpang jauh dari apa yang dimaksudkan berfikir oleh Al quran.Antara lain Al Quran menyeru manusia supaya melihat penciptaan langit dan bumi serta berfikir tentang kejadiannya untuk kembali mengesakan ALLAH mengikut yang sepatutnya.

Mengesakan ALLAH bermakna mengakui dan menerima dengan hati yang penuh insaf bahawa HANYALAH ALLAH TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DAN DIABDIKAN DIRI KEPADANYA.Mengabdik an diri kepada ALLAH mempunyai makna yang cukup luas mencakupi seluruh aspek kehidupan.Mengesaka n ALLAH termasuk melaksanakan perintahnya secara peribadi serta melaksanakan perintahnya secara jemaah.Tidaklah manusia itu mengesakan ALLAH kalau sekadar menerima sebahagian perintah dan mengengkari sebahagian yang lain malah ALLAH mengingatkan manusia dalam AL Quran bahawa kufurnya YAHUDI kerana menerima sebahagian dan mengengkari sebahagian yang lain.

Itu merupakan intipati berfikir yang paling utama yakni kembali kepada hubungan hamba dan Tuhannya sebagaimana dikehendaki oleh AL Quran.Sebarang hasil berfikir yang selain itu tidak diterima selari dengan perintah AL Quran.Berfikir bagaimana hendak menjadi kaya raya, berfikir bagaimana hendak mencapai kuasa, berfikir bagaimana hendak memiliki pangkat dan darjat adalah berfikir yang menyimpang dari kehendak AL Quran.Sebaliknya, berfikir untuk mencapai hasil yang sebegini adalah berfikir untuk menikmati nikmat dunia yang sementara.ALLAH juga mengingatkan kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan berfikir untuk mencapai nikmat dunia adalah berfikir yang palsu dan tidak membantu kematian manusia.Baginda nabi juga ada mengingatkan kita bahawa orang yang cerdik itu adalah orang yang mengingatkan mati serta sentiasa berusaha untuk menyediakan diri kepada kematian.

Menyediakan diri untuk mati bukan sahaja secara individu tetapi bersedia untuk mati secara gerakkerja jemaah kerana gerakkerja jemaah juga termasuk dalam perkara yang diperintahkan ALLAH dan RASULnya.Barang siapa meninggalkan kerja jemaah adalah mereka yang meninggalkan tanggungjawab terhadap tuhan dan rasulnya serta akan dipertanggungjawabk an sesudah mati nanti.Kerana itu AL Quran memerintahkan manusia agar sentiasa berfikir untuk mengerakkan diri mereka kearah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan secara individu dan secara jemaah.Al Quran menunjukkan jalan bagaimana manusia mesti berfikir menerusi ayat yang memberitahu agar manusia melihat bagaimana UNTA dijadikan,bagaimana bumidihamparkan, bagaimana gunung ganang ditinggikan dan bagaimana langit ditinggikan.

Berfikir dengan maksud mengkaji semua kejadian ini akan membawa manusia kepada satu kesimpulan yang betul yakni menginsafi kebesaran dan kebijaksaan ALLAH dalam mengatur kehidupan di dunia ini dan sekaligus menginsafi manusia bahawa segala aturan yang ditetapkan ALLAH mesti dipatuhi tanpa perlu ada sebarang pengurangan atau penambahan hasil dari pemikiran palsu manusia.

Lantaran, seorang manusia atau kumpulan manusia yang perasan dia atau mereka penuh dengan idealisma yang boleh membawa manusia maju perlu terlebih dahulu melakukan "check and balance'dengan aturan ALLAH atau sunnahtullah yang telah ditetapkan mesti dipatuhi oleh manusia sebelum dia atau mereka tampil dengan idea idea tersebut.Begitu juga Negarawan yang hendak dilahirkan mesti juga seorang negarawan yang patuh tunduk kepada ALLAH sebagaimana mahkluk lain yang sentiasa berzikir kepada ALLAH dan terhindar dari terjebak kepada keangkuhan IBLIS dan anak buah mereka yang kemudian secara sedar atau tidak kufur engkar kepada ALLAH.


MARILAH BERFIKIR SECARA YANG DITUNJUKKAN OLEH AL QURAN, BUKANNYA BERFIKIR SECARA ERDOGAN ATAU PRO/ANTI MUZAKARAH ATAU PRO/ANTI MUQABALAH ATAU SECARA POLITIK SATAY ATAU SECARA PROFESIONAL.

MARILAH SECARA JEMAAH KITA MENJADI ORANG ORANG YANG BIJAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan