Isnin, 5 Mac 2012
Mereka Yang Tidak Ada Lidah Dan Tidak Ada Hati
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan,
kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya
beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan
mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai
Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu
hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
guru kepada yang baik, pembimbing kepada agama Allah, penyampai dan pengajak kepada
manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya
mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi
Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu
akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi
kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya,
Allah
melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab
seksa yang menghina.
(Al-Ahzaab:57)
10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA
1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia�.
2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥
3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.
4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.
5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.
7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.
8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.�
9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥
Sumber - LifeFit.com
Selasa, 14 Februari 2012
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA
Rabu, 25 Januari 2012
Kerja Di Tempat Baru
Assalamualaikum, lama rasanay tak menulis di sini. tahun 2012 dimulakan dengan harapan dan semangat baru. namun, tanpa disangka kejutan tahun 2012 terus menyingah dalam kamus kerjayaku apabila dipinjamkan berkhidmat di PPD Gombak bermula 16/1/2012. dua hari di PPD bakinya berkhidmat di sekolah. ibarat macam kerja dengan 2 boss tapi gaji tetap sama. alahai nasib badan. redojelah.
kita merancang mungkin ini perancangan Allah yang terbaik untukku. sabarlah hati ye wala letih kena hadap jga kerja macam ni. insyaAllah. tabah dan sabarkan hati min mogd Allah tunjukkan jalan hikmahNya untuk ku di sini insyaAllah. bersangka baiklah dengan Allah.. insyaAllah amin..
Langgan:
Catatan (Atom)