Imam Ali Karrmallahu wajhah : Wahai anakku sesungguhnya dari kalangan lelaki ( manusia ) itu ada haiwan, dalam rupa bentuk manusia yang mempunyai pendengaran dan penglihatan, bijak dan cekap mengurus hartanya apabila di timpa keaiban dan kekurangan, tetapi apabila musibah menimpa agamanya tidak dihiraukan. budak baek: Imam Syafiee bermadah : 1. Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita 2. tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita 3. kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA 4. sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita 5. tidak ada serigala yang memakan daging serigala 6. tetapi sebahagian daripada kita memakan sebahagian yang lain secara nyata.
Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM.. a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya .. c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakan hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukan sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kalian..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan