Tadi ke surau Al-Hidayah mendengar kuliah maghrib - Sirah Nabawi. Mengisahkan tentang peperangan Uhud. Ustaz yang menyampaikan agak selamba penceritaannya. Tapi antara perkara yang penting yang dapat aku petik dalam kuliah tersebut ialah sabda nabi Muhammad s.a.w. lebih kurang maksudnya, "Jangan minta pertolongan daripada kaum musyrik untuk menentang kaum musyrik sehingga muysrik itu masuk Islam"
Betul tu sebab takut kita diperdayakan oleh mereka yang kita tak tahu akan niat sebenr mereka. Apatah lagi mereka itu bukan islam dan mungkin jua mereka sekadar nak bermuka-muka tunjuk baik dengan kita. Waspadalah selalu, takut kita diperkotak katikan oleh mereka.
Kedua, sebelum nabi Muhammmad dilantik menjadi Nabi dan Rasul, Nabi pernah diminta oleh salah seorang bapa saudaranya kalau tak silap namanya Abdullah bin Jud'al, bersepakat dengan pembesar-pembesar Quraisy dalam tunjuk perasaan dan membangkitkan rasa marah mereka terhadap seorang Pembesar Quraisy yang terkenal pada waktu itu kerana tidak mahu membayar barang dagangan yang dibelinya daripada seorang pedagang yahudi. Ini menunjukkan tidak salah kita bersepakatan dengan non-muslim dalam perkara kebaikan dan menentang kezaliman sebab nabi Muhammad pun pernah berbuat demikian. dan nabi pun menegaskan perkara yang sama tidak salah kita melakukan perkara yang sama sepertimana yang dilakukan oleh baginda sendiri.
Ketiga, nabi Muhammad sendiri sebelum mengatur strategi peperangan dan melakukan sesuatu tidakan penting yang melibatkan rakyat dan mempertahankan agama Islam, baginda mengamalkan musyawarah dengan para sahabatnya. Namun begitu, baginda tidak menolak pandangan dan saranan daripada para sahabat yang lain. Ini menunjukkan bahawa keputusan atau cadangan daripada pihak ketua atau atasan bukanlah satu undang-undang atau keputusan yang mesti diikut oleh orang bawahan atau rakyat jelata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan