Khamis, 11 September 2014

assalamualaikum,


Selasa, 9 September 2014

9.9.2014
bertempat di SAM Rawang, bersama staf PPD Gombak Belajar MS Excel dan Blogspot


Isnin, 5 Mac 2012

Fotografi kelajuan Tinggi

Triple Impact 77/365 by Pink Sherbet Photography.

apple splash! by Paul Petruck.


Refreshing Orange Slice by Pink Sherbet Photography.

liquid #2 by elunandy.
ghirlanda colore by antoninodattola.
Liquid Rose by Luxvich.
liquid by elunandy.
Splash 5 by deufre.
The Drink Of Life by Vermin Inc.
Frisbee by Luxvich.

Gold Splash by Luxvich.
project balloon - the flying water ball by arienzackary.

Mereka Yang Tidak Ada Lidah Dan Tidak Ada Hati


Mereka  ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, 
kecuali  mereka  dilimpahi  dengan  kasih  sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya 
beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. 

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan 
mereka  dan  janganlah  kamu  bergaul  dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai
Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu 
hendaklah  cuba  menjadikan  diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
guru  kepada  yang  baik, pembimbing kepada agama Allah, penyampai dan pengajak kepada 
manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya 
mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi 
Allah.  Jika  kamu  berjuang  di jalan  Allah  untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu 
akan  jadi  pejuang  dan  pahlawan  di jalan  Allah  dan  akan diberi ganjaran seperti yang diberi 
kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, 
Allah 
melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab 
seksa yang menghina. 
(Al-Ahzaab:57)

10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA


1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia�.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri. 

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka. 

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.�

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. 

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥
Sumber - LifeFit.com 

Selasa, 14 Februari 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Rabu, 25 Januari 2012

Kerja Di Tempat Baru

Assalamualaikum, lama rasanay tak menulis di sini. tahun 2012 dimulakan dengan harapan dan semangat baru. namun, tanpa disangka kejutan tahun 2012 terus menyingah dalam kamus kerjayaku apabila dipinjamkan berkhidmat di PPD Gombak bermula 16/1/2012. dua hari di PPD bakinya berkhidmat di sekolah. ibarat macam kerja dengan 2 boss tapi gaji tetap sama. alahai nasib badan. redojelah.
kita merancang mungkin ini perancangan Allah yang terbaik untukku. sabarlah hati ye wala letih kena hadap jga kerja macam ni. insyaAllah. tabah dan sabarkan hati min mogd Allah tunjukkan jalan hikmahNya untuk ku di sini insyaAllah. bersangka baiklah dengan Allah.. insyaAllah amin..

Isnin, 22 Februari 2010

Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan

Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan

Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasa lam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah.....konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Sungguh persahabatan lelaki perempuan, memual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang ana tahu dan tidak tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster" nya atau apa....

Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?

“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (An-Nur: 31).

Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira" apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasa lam ?

Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasa lam para sahabat ra dan rasulullah tidak akan berpossing-possing bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!!

Sedangkan baginda pernah menyebut : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Baginda rasul pernah mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Apakah mungkin sahabat ra akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita ra dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhuwah fillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ?

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

MasyaAllah.. ., sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan ana yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya.

Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.

Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.


Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita


Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.

Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan chat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut.

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebeas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.

eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat x ? i just visit ur blog...nice i like it...ukhuwah fillah...bila leh jumpe
tuan punya blog ( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...Ukhuwah Fillah !

Apabila ana membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka ana merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenang an dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenang an dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??

Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhuwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini ana memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah rasulullah salallahualaihiwasa lam.

Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.

Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.

Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasa lam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri ana di sisinya dan kepadanyalah ana kembali...

Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai

p/s :
Sebuah risalah yang bertajuk : "Permasalahan Hubungan Lelaki Perempuan di Alam Maya" akan dikeluarkan untuk manfaat umum...insyaAllah.

Rabu, 21 Oktober 2009

Lawak

TOK IMAM DAN CIK CIKO....

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam
tak s ena ng duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni..

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bon gkaknye
si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!!
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua & berpengalaman

Sabtu, 17 Oktober 2009

TANDA-TANDA AWAL KANSER

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.


(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan



DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil



Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)

Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".


4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal
.


Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)



6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

From:
Shukor Abdullah

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kisah Teladan

Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak enakan menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksa himar itu."

Oleh karena tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasehati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia.

Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja.

Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap mengambil tindakan."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.

Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (kepribadiannya) , dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankann ya."

Sumber Kisah kisah teladan

Selamat Menyambut

Ramadhan Al Mubaraq 1430H

(22.08.2009)

Daripada Keluarga Mohd Amin bin Jais


Hari ini NAFAS ini menjadi TASBIH

Hari ini TIDUR ini Menjadi IBADAH

Hari ini DOA-DOA ini menjadi IJABAH

Hari ini PAHALA ini akan DILIPAT GANDAKAN

Tapi itu tidak akan menjadi kenyataan andai tiada kemaafan tulus daripada kalian semua.

Salam Ramadhan moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik sepanjnag hayat kita dan diperbanyakkan dengan amal ibadah demi mengharap maghfirah dan keredhaan Allah subhanahu wata'ala.


Hanya Kerana Sebutir Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat
Masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yang lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana dia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui.Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.

Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

"Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).








Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. . Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

_,___

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


Khamis, 6 Ogos 2009

FC Bio Sanitary Pad

FC Bio Sanitary Pad adalah satu produk kesihatan di bawah jenama AVAIL BEAUTY yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. FC Bio Sanitary Pad diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen peluntur berklorin, dioksin dan bahan merbahaya.
Tidak seperti tuala wanita diluar sana yang mana cara pembuatannya diperbuat daripada bahan buangan seperti pulpa kayu, kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak yang telah disembunyikan bakteria serta kuman berbahaya seterusnya melalui proses pelunturan berklorin dan terhasilnya sejenis toksin yg sgt berbahaya iaitu DIOKSIN!. Dioksin inilah antara sebab terjadinya KANSER PAYUDARA, KANSER USUS, KANSER RAHIM, KANSER OVARI, FIBROID dan SAKIT PUAN yang lain.
FC Bio Sanitary Pad yang terbukti kehebatannya telah mendapat sijil analisa produk dan juga sijil jaminan insuran produk!. FC Bio Sanitary Pad dapat menangani masalah wanita seperti SENGGUGUT, KEPUTIHAN/KEKUNINGA N, SEMBELIT, SAKIT BELAKANG KETIKA HAID, KESUKARAN MENGANDUNG, BUASIR, MEMBETULKAN KITARAN HAID dan lain2. FC Bio Sanitary Pad juga bukan hanya khusus untuk masalah sakit puan tetapi boleh juga diaplikasikan untuk sakit kepala, demam, gatal, kembung perut bayi dan lain-lain.
FC Bio Sanitary Pad terdiri daripada:
1- PANTILINER (20 keping) RM 10
2. PAD SIANG (10 keping) RM 11
3. PAD MALAM (10 keping) RM 12.
Mungkin ramai para wanita diluar sana yang pernah mendengar produk yang seumpama ini atau yang baru mengenali produk ini, marilah kita sama2 menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman dan seterusnya menjamin kehidupan yang lebih baik sebagai WANITA!. Mahkota wanita hanya boleh diperolehi hanya seumur hidup sekali! Jadi jangan disia-siakan kerana tidak mungkin ada wanita yang mahu menderma mahkota mereka sendiri!
Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungisaya
Terima Kasih.

Kejahatan Lidah Pengaruhi Jiwa

MENURUT Imam al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din, akhlak tercela boleh timbul daripada dua nafsu syahwat (keinginan) iaitu nafsu makan dan nafsu seks dan juga daripada lidah, iaitu tutur kata.

Dengan itu, kita perlu mengawal ketiga-tiga umbi kejahatan terbabit supaya tidak menguasai diri.

Al-Ghazali menyenaraikan 20 kejahatan lidah, antaranya kata-kata kasar, kesat, lucah, berbohong, menyumpah, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat.

Di samping itu, bercakap mengenai perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah seperti bernyanyi dan sebagainya.

Kejahatan lidah ada yang besar dan ada yang kecil. Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti dan memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri. Contohnya, kata-kata kesat kepada ibu adalah haram dan berdosa besar.

Menurut al-Ghazali kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan kepada seseorang sama ada di dunia at! au di akhirat.

Syaaban dan kelebihannya

Syaaban dan kelebihannya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 19th September 2005 (15 syaaban 1426) . Apa pentingnya Nisfu syaaban? Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :

(01) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

(02) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

(03) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.

(04) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.

(05) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :

* Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.

* Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

* Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:- Angkat kepala mu ke langit, tulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman:" Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin,burung,binatang -binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya: -

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-

Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-

Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).


Pesanan Penting:

Untuk makluman semua....Malam Nisfu Syaaban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk maghrib), 18th September, 2005.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'ab! an (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? ! setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.

Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada! hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya. " (Hadis Riwayat Muslim)

Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab...

Wassalam.