Ahad, 31 Mei 2009
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik-baik amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah.
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau-surau..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
Sambutan Hari Guru
Acara sambutan indoor dan outdoor telah dirancang oleh pihak pengawas dan guru-guru yang bertanggungjawab. Alhamdulillah cuaca pun baik dan cerah sekali. Namun aku tak dapat sertai kawan-kawan guru yang lain meyertai acara sukan kerana ada tugas yang perlu dilaksanakana-biasalah ada urgent- boss mintak buat kerja sikit. Hanya acara sepak buah kelapa sahaja yang aku sempat sertai dan rakam di sini. bagi guru perempuan adalah back-up dari pengawas bertugas.
Pada sambutan kali ini seramai 5 orang guru telah dianugerahkan dengan hadiah tertentu iaitu :
1- Guru Dedikasi
2- Guru Kreatif
3- Guru Inovatif
4- Guru Prihatin
5- Guru Harapan
tengok sendirilah ye. Hebat guru SAMER ni sebenarnya. Hadiah anugerah ini daripada pihak PIBG dan disampaikan oleh YDP sendiri. tahniah dan syabas!
namun dalam keseronokan ada jua kesediahn. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.Cikgu Wan Norashikin Wan Yusuf akan berpindah sekolah di negeri asalnya di Kelantan. Hilanglah kaunselor sekolah SAMER. Pengganti bila, tak tahulah bila nak datang nanti. Harap cepatlah ye BPI.
Renungan : Betul kot
When you take a long time to finish,
you are slow,
When your boss takes a long time to finish,
he is thorough
When you don't do it,
you are lazy,
When your boss does not do it,
he is busy,
When you do something without being told,
you are trying to be smart,
When your boss does the same,
he takes the initiative,
When you please your boss,
you are apple polishing,
When your boss pleases his boss,
he is cooperating,
When you make a mistake,
you're an idiot.
When your boss makes a mistake,
he's only human.
When you are out of the office,
you are wandering around.
When your boss is out of the office,
he's on business.
When you are on a day off sick,
you are always sick.
When your boss is a day off sick,
he must be very ill.
When you apply for leave,
you must be going for an interview
When your boss applies for leave,
it's because he's overworked
When you do good,
your boss never remembers,
When you do wrong,
he never forgets
Khamis, 28 Mei 2009
Bagaimana Harus Manusia Berfikir?
by TokBatin
"Assalamualaikum, ,..
Al Quran banyak kali menyeru manusia agar berfikir dan menjadi kaum yang sentiasa berfikir.Tetapi berfikir yang semacam mana yang dimaksudkan oleh Al Quran?Meneliti ayat ayat Al Quran dan Penafsirannya, didapati manusia hari ini sudah ada yang menyimpang jauh dari apa yang dimaksudkan berfikir oleh Al quran.Antara lain Al Quran menyeru manusia supaya melihat penciptaan langit dan bumi serta berfikir tentang kejadiannya untuk kembali mengesakan ALLAH mengikut yang sepatutnya.
Mengesakan ALLAH bermakna mengakui dan menerima dengan hati yang penuh insaf bahawa HANYALAH ALLAH TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DAN DIABDIKAN DIRI KEPADANYA.Mengabdik an diri kepada ALLAH mempunyai makna yang cukup luas mencakupi seluruh aspek kehidupan.Mengesaka n ALLAH termasuk melaksanakan perintahnya secara peribadi serta melaksanakan perintahnya secara jemaah.Tidaklah manusia itu mengesakan ALLAH kalau sekadar menerima sebahagian perintah dan mengengkari sebahagian yang lain malah ALLAH mengingatkan manusia dalam AL Quran bahawa kufurnya YAHUDI kerana menerima sebahagian dan mengengkari sebahagian yang lain.
Itu merupakan intipati berfikir yang paling utama yakni kembali kepada hubungan hamba dan Tuhannya sebagaimana dikehendaki oleh AL Quran.Sebarang hasil berfikir yang selain itu tidak diterima selari dengan perintah AL Quran.Berfikir bagaimana hendak menjadi kaya raya, berfikir bagaimana hendak mencapai kuasa, berfikir bagaimana hendak memiliki pangkat dan darjat adalah berfikir yang menyimpang dari kehendak AL Quran.Sebaliknya, berfikir untuk mencapai hasil yang sebegini adalah berfikir untuk menikmati nikmat dunia yang sementara.ALLAH juga mengingatkan kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan berfikir untuk mencapai nikmat dunia adalah berfikir yang palsu dan tidak membantu kematian manusia.Baginda nabi juga ada mengingatkan kita bahawa orang yang cerdik itu adalah orang yang mengingatkan mati serta sentiasa berusaha untuk menyediakan diri kepada kematian.
Menyediakan diri untuk mati bukan sahaja secara individu tetapi bersedia untuk mati secara gerakkerja jemaah kerana gerakkerja jemaah juga termasuk dalam perkara yang diperintahkan ALLAH dan RASULnya.Barang siapa meninggalkan kerja jemaah adalah mereka yang meninggalkan tanggungjawab terhadap tuhan dan rasulnya serta akan dipertanggungjawabk an sesudah mati nanti.Kerana itu AL Quran memerintahkan manusia agar sentiasa berfikir untuk mengerakkan diri mereka kearah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan secara individu dan secara jemaah.Al Quran menunjukkan jalan bagaimana manusia mesti berfikir menerusi ayat yang memberitahu agar manusia melihat bagaimana UNTA dijadikan,bagaimana bumidihamparkan, bagaimana gunung ganang ditinggikan dan bagaimana langit ditinggikan.
Berfikir dengan maksud mengkaji semua kejadian ini akan membawa manusia kepada satu kesimpulan yang betul yakni menginsafi kebesaran dan kebijaksaan ALLAH dalam mengatur kehidupan di dunia ini dan sekaligus menginsafi manusia bahawa segala aturan yang ditetapkan ALLAH mesti dipatuhi tanpa perlu ada sebarang pengurangan atau penambahan hasil dari pemikiran palsu manusia.
Lantaran, seorang manusia atau kumpulan manusia yang perasan dia atau mereka penuh dengan idealisma yang boleh membawa manusia maju perlu terlebih dahulu melakukan "check and balance'dengan aturan ALLAH atau sunnahtullah yang telah ditetapkan mesti dipatuhi oleh manusia sebelum dia atau mereka tampil dengan idea idea tersebut.Begitu juga Negarawan yang hendak dilahirkan mesti juga seorang negarawan yang patuh tunduk kepada ALLAH sebagaimana mahkluk lain yang sentiasa berzikir kepada ALLAH dan terhindar dari terjebak kepada keangkuhan IBLIS dan anak buah mereka yang kemudian secara sedar atau tidak kufur engkar kepada ALLAH.
MARILAH BERFIKIR SECARA YANG DITUNJUKKAN OLEH AL QURAN, BUKANNYA BERFIKIR SECARA ERDOGAN ATAU PRO/ANTI MUZAKARAH ATAU PRO/ANTI MUQABALAH ATAU SECARA POLITIK SATAY ATAU SECARA PROFESIONAL.
MARILAH SECARA JEMAAH KITA MENJADI ORANG ORANG YANG BIJAK.
Rabu, 27 Mei 2009
Selasa, 26 Mei 2009
Ada Apa Dengan Babi
Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.
Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.
Penyakit yang diakibatkan dari daging Babi
DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:
* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi
FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat ), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesehatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan.Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.
Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang MahaKuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat danorgan organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan karena kehabisan darah dari tubuh, bukannya karana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kini lah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.
Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? karana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher.
Ilmu kedoktoran mengetahui bahwa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.
Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI
a. QS. Al Baqarah (2) : 173
b. QS. Al Ma'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115
KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).
Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.
Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.
Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.
Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.
Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:
"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.
Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteri, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60 ؛C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hongkong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hongkong).
Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kholesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit : pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.
Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesehatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.
Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.
Keharaman Babi
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.
Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.
Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.
Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.
Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.
Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.
Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.
Babi dalam Dunia Farmasi
Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya.
Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :
Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.
Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar.
Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.
Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).
Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.
Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.
Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.
Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.
Mengapa Babi Haram Buat Umat Muslim
Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.
Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?
Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam
Ilmuwan : Apakah itu?
Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !
Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ?
Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.
Ilmuwan : Pada kandang Babi?
Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.
KATA USTAZ…
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.
Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.
Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.
Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Semoga bermanfaat….
Sumber:
http://wildanhasan. blogspot. com
Isnin, 25 Mei 2009
Apakah Negara Ini Sudah Sampai Masanya Untuk Dibinasakan?
from Cendawan MALAYA by kulatlapok
Negara kita kini dikejutkan dengan beberapa jenis virus yang menyerang rakyat negara ini. Keadaan yang berlaku agak mengejutkan kerana merebak begitu cepat dan anehnya beberapa jenis virus yang berlainan menyerang mangsanya sehingga membawa maut. Beberapa kes virus yang telah dikesan dan berlaku adalah:
1. Virus Diplococci yang mengakibatkan radang selaput otak (meningitis) telah menyerang seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka sehingga membawa kematian dan beberapa pelatih yang lain dikuarantinkan.
2. Virus Acute Pericarditis yang dikesan berlaku di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Jempol, Negeri Sembilan yang mengkibatkan seorang pelatih berasal dari Sabah maut. Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tetapi memaklumkan puncanya belum diketahui.
3. Virus Leptospirosis yang dikesan menyerang seorang pendatang tanpa izin (PATI) di Depo Tahanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mangsa seorang warga Myanmar meninggal dunia semasa dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam. Siasatan awal didapati puncanya melalui air yang dicemari air kencing tikus.
4. Terbaru kini ialah virus yang terkenal dan yang paling ditakuti di seluruh dunia iaitu Influenza A (H1N1) atau 'selsema babi' yang kini sudah mula dikesan merebak masuk ke negara ini.
Apakah makna musibah ini semua? Adakah Allah swt telah murka kepada umatnya yang tidak mahu mengikut ajarannya. Apakah sudah sampai masanya negara ini diuji oleh Allah swt atau balasan kepada umatnya yang suka mengundang bala di sini? Atau disebabkan pelbagai lagi perkara yang bercelaru di sini dan banyak lagi hal berkaitan keagamaan yang tidak dapat keadilan serta masih tidak diselesaikan oleh pihak2 yang berwajib? Wallahuaalam.
Marilah kita semua 'Cegah Sebelum Terlambat' seperti maksud Hadith di bawah :
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Ucapan SMS Hari Guru
"Jadilah seorang guru yang.....
Hadirnya diTUNGGU,
Hilangnya di RINDU,
Ilmunya diBURU,
Nasihatnya diSERU,
Tingkahlakunya diTIRU,Selamat Hari Guru"
Salam Pendidik Dihulurkan,
"Belaian mesra suaramu mengasyikkan, senyumanmu mendamaikan,gelak tawamu mendamaikan,jenakamu menghiburkan,tangisanmu sungguh memilukan, bimbinganmu tak dilupakan. Tanpamu anak-anak kesunyian,namun jasa baktimu tetap dikenang... Selamat Hari Guru"
"Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau,
Guru yang sejati pewangi yang mengharumkan,
Guru yang setia menjadi pendorong setiap impian,
Guru yang berhati mulia membawa seribu keberkatan,
Selamat Hari Guru"
Guru dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
DAlam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
DAlam diamnya ada bijaksana
dan.
dalam tanganya kita terbina
Bersyukur dan berbahagialah menjadi guru
Selamat Hari Guru, harap cikgu tak lupa kesejahteraan diri perlu dijaga untuk terusberbakti, diri sihat murid hebat cikgu kuat murid cemerlang, gembira cikgu.
"Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang,
Bila di lambat masuk kelas kau kata dia malas,
bila dia marah-marah, kau kata dia melampau,
kini.... kau adalah Dia... "
Puan Mazilah IPIS Bangi,
"Mak cakap cikgu macam Megi, makanan rutin masa susah,
Ayah cakap cikgu macam D'Seekers, menakutkan,
Atuk cakap cikgu macam Astro, macam-macam ada,
Tapi saya cakap cikgu macam L'Oreal, kerana dirimu begitu BERHARGA!
Selamat Hari Guru" best ayat ni.
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajarkan aku mengenal huruf, mengenal benda, mengenal makna dalam kehidupan. Biarpun lambat masih belum terlewat dalam mengenang jasa guru yang tak terbalas dengan kebendaan semata-mata. Syukran ya Cikgu.
Kepada anak-anak murid yang masih sudi menghantar sms tapi tak berbalas, tanpa murid siapalah guru, terima kasih.
Muhasabah Diri
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera.....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga.....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Biasa dengar di radio IKIM.fm
wassalam...
Ahad, 24 Mei 2009
Guru Pembina Negara Bangsa
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Kesan Zikir Terhadap Otak
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
*Entry asal di http://www.halaqah.net
Sabtu, 23 Mei 2009
Tazkiratul Maut
YANG AKAN DI DENGAR SI MATI
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
1· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
2· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
3· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
4· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'
Ketika Mayat Diusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'
Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... ..
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'
Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW... menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. Kita seolah-olah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.
Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah mensia-siakan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.
Kata Kata Hukamak
Antara perangkap syaitan ialah:
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah
Dalam pertarungan politik
Kemenangan bukan bererti benar
Kekalahan bukan bererti salah.
Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.
Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.
Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolihi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.
Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi
Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur.
Jika kamu berada dalam majlis jamuan hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.
Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang,
Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com
Renungan
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA KEKUSUTAN DAN TIDAK AKAN TERUNGKAI KECUALI MENERIMA KEHENDAK ALLAH S.W.T
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA KEGANASAN DAN TIDAK AKAN HILANG KECUALI BERJINAK DENGAN ALLAH SWT
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA KESEDIHAN DAN TIDAKKAN HILANG KECUALI MERASAI NIKMAT ALLAH SWT.
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA KEGELISAHAN DAN AKAN TENANG DAMAI BILA BERLINDUNG, BERTEMAN DAN BERJUMPA DENGAN ALLAH SWT.
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA PENYESALAN DAN AKAN PADAM BILA REDHA DENGAN SURUHAN DAN LARANGAN, QADA QADAR ALLAH SENANTIASA BERSABAR SEHINGGA MENEMUI YANG AZALI.
- DI DALAM HATI MANUSIA ADA HAJAT DAN TIDAK AKAN TERBENDUNG KECUALI KECINTAAN KEPADA ALLAH DAN BERMOHON PADA-NYA.
Sabarlah Cikgu
Oleh Anak_Pejuang
"Di Waktu Pagi
Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..
Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..
Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...
Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...
Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...
Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...
Com
Sumber : http://jarumemas.blogspot./"
Tentang Saya
Dilahirkan di Selayang Baru pada 1hb ogos 1972. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Bharu (1979-1984), Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Menengah Rawang 1985-1989. Meneruskan pelajaran di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, 1990-1991. Kemudian melanjutkan Pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Syariah wal Qanun (1992-1996). Mendapatkan Diploma Pendidikan pada tahun 1999 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tamat pengajian kemudian ditawarkan untuk berkhidmat di SAM Rawang dari tahun 1997 hingga sekarang.
Antara Negara yang pernah dilawati ialah
1. Singapura - ramai kerabat di sana
2. Thailand - Danok je
3. Arab Saudi - Umrah/Ziarah (2001)- masa WTC diserang kami berada di Madinah
4. Amerika Syarikat - Disember 2004
5. Indonesia - Mac 2005
6. Mesir / Jordan / Arab Saudi - 2006
7. London - November 2007
8. Brunei & Vietnam - 2008
Masa
Pautan KPM
Pautan Laman
Perbankan
Kalam Hikmah
Akhbar Online
Nota Guru
Riyadus Salihin
e-JAWI
Nasyid
Ruang Sembang
Pengikut
Senarai Blog Pautan
Unidan anda tentang blog ini
Labels
- Cerita Guru (1)
- Dokumen (1)
- Fikrah (1)
- Fotografi (1)
- Hari Anugerah Cemerlang (1)
- Hari Guru 2009 (2)
- Iklan (1)
- Info Addin (1)
- Kesihatan (1)
- Kisah Teladan (2)
- Koleksi Artikel (9)
- Kuliah (1)
- kursus (1)
- lawak (1)
- Munakahat (1)
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (1)
- Renungan (3)
- SlideShow (1)
- SMS (2)
- Tazkirah (15)
- Tentang saya (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(49)
-
▼
Mei
(22)
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- Sambutan Hari Guru
- Renungan : Betul kot
- Bagaimana Harus Manusia Berfikir?
- Tiada tajuk
- Ada Apa Dengan Babi
- Apakah Negara Ini Sudah Sampai Masanya Untuk Dibin...
- Ucapan SMS Hari Guru
- Muhasabah Diri
- Dokumen
- Guru Pembina Negara Bangsa
- Kesan Zikir Terhadap Otak
- Kepada rakan-rakan guru yang berminat nak download...
- SlideShow
- Daripada Abu Abdirrahman Abdullah bin Umar bin Kha...
- Tazkiratul Maut
- Kata Kata Hukamak Antara perangkap syaitan iala...
- Renungan
- Sabarlah Cikgu
- Tentang Saya
- Hari Anugerah Cemerlang
- Satu Permulaan
-
▼
Mei
(22)
This Blog Created By Amin Jais